Saturday 22 November 2014

.Awek.

.

Aku tak lah handal memasak..
Tapi aku reti lah..

Citenye aku sendiri tak tahu yang aku reti masak.
Mungkin ye, ada bagus hidup bersama sloth. Itu membantu kita sedar yang kita ni power sebenarnya.

Bukan apa, aku nak ber-atkins. Makan kat kedai leceh la. Lagipun bila ber-atkins ni baru aku sedar makanan kedai tu kadang-kadang rasa macam tong minyak.

Sila hadap gmbar yang aku screencapture dari fon sebab aku dah delete gambar ni. Malangnya aku malas nak crop. Kerana apa, puan2? Kerana aku pewmalash


Ini first time aku masak dekat rumah ni.
Segala pesen sayur aku campak. Sebab aku suka makan sayur.
Selalunya aku masak dekat rumah, memang rasa macam shitz.
Ini first time aku rasa menjadi.
Fatehah pulak cakap rasa macam kuah mee hailam, so apa lagi.. Aku nak kena bukak restoran ni.
(Ye, meja makan kami sangat cantik, maka rumah ni mahal macam sial)


Nampak macam maggie, tapi bukan maggie ye puan2..
Yang ni aku try masak pakai microwave 100%.
(Ye kami ada microwave. Kerana itu rumah ini mahal macam shilako)
Mee nya sahaja pakai maggie, tapi kuah aku buat sendiri. Again, variasi sayuran kerana capsicum adalah awesome.


Ini tomyam namo eh.
Aku buat masa lunch break hari jumaat.
Groupmate aku, jejaka2 kacak meletops suma duk pegi solat jumaat. Diorang hantar aku balik dulu so aku pun ber ting tong ting tong di dapur.
Aku ada niat nak jemput diorang sekali, tapi aku suka makan,
Maka.. CUE DOESN'T SHARE FOOD!!


Ini semalam.
Ayam sambal dengan sayur goreng.
Kali ni aku bahagia sikit sebab ada bendi, Muahhh!!
(Akhirnya aku makan nasi)
Kalau cito kat mak aku ni sumpah dia tak caye aku reti.

Sebenarnya macam-macam aku plan nak buat, tapi tak ada modal.
Pehh sadis







Ohh.. the title?
It kinda means im slowly turning into awek. pfffftttt













.

Saturday 6 September 2014

.Tergantung.

.

Macam aku pernah cakap sebelum ni, Fatehah ni sangat sloth.
Malangnya bukan sahaja physically, malah juga mentally.

Ada satu hari dulu aku pernah cakap something pasal blogging, dia kata childish gila.
Dan suatu masa dulu aku pernah casually tanya, wallpaper phone dia letak gambar pakwe ke, dia kata sangat immature.

Beberapa minggu lepas...

Kitorang actually ada satu project rahsia. Benda ni require client..
So dalam ramai-ramai client kitorang, ada satu ni yang agak 'attitude'. Dipendekkan cerita, aku tak suka dia, so aku tak nak proceed kerja dia.
Mulanya aku acuh tak acuh layan dia supaya dia fed up dan cari 'sponsor' lain.
Tapi macam tak faham-faham pulak.

Aku terang-terang dah bagitau semua condition (which aku akan story lain kali) dan dia memang tak tepati part attitude tu. Lagi-lagi benda orang buatkan free ni, tak payah lah nak berlagak sangat kan.

Jadi bila aku dah duk rimas layan mamat ni, Fatehah boleh cakap dekat aku..
"Ape susah, tukar je nombor."

Ohh the hell.. No bisnes la lembab! Ingat aku bodo macam kau ke.
Dan dia cuba bagitau aku INI tidak childish?
Ohh.. Sloth..
















.

Friday 5 September 2014

.Mentedarah.

.

Cerita nak keluar makan ni memang boleh buat isu dalam rumah ni.
Slow-slow ye..

Rumet aku ni, si Fatehah memang sloth habis.
Aku pikir aku yang paling lembab, tak sangka ada spesis lagi upgrade.

Dia memang sedia maklum pesen yang keluar sikit pun nak bermekap bagai. Agaknya muka dia tu macam langsuir sangat ke apa tak tahu lah.
Tapi kalau express tu takpe. Lamanya kemain.
Tu baru mekap. Dia ikat rambut pun, ya tohan.. Punyalah lama.

Since aku pakai tudung, dia suka assume aku siap lambat, sebab kena iron tudung bagai.
Tak payah cite dia punya mandi lama gile khinzir.
So dia dah siap mandi, aku pun duk bersiap pulak. Dia duk tergolek depan laptop.
Aku tanya, dah siap ke? Dia kata dah.
So aku iron tudung, pakai.. Siap je aku pakai, dia pun bangun.
Pergi kat cermin, make up.

Lahabau! Lama gila pulak tu!















.

Friday 27 June 2014

.Klingg.. Klangg.

.

Kalau makcik-makcik nak buat menantu aku ni, tak lain mesti tanya pandai masak tak.
Jawapan aku sangat panjang sebenarnya.

Aku ada banyak interest.
Banyak benda aku minat. Dari setiap kategori, aku minat at least satu.
Mari kita lihat..

Kategori Kerja Lelaki
Aku suka bidang pembuatan. Kerja kayu, kerja besi.. Aku tak minat eletronik. Atau kerja kontrak.

Kategori Nerd
Aku suka komputer. Programming and stuff.. Aku tak minat kerja doktor. Atau sains.. Bukan aku tak suka sains, ada pelung aku belajar je. Tapi bukanlah benda yang aku nak kejar kiranya.

Kategori Seni
Aku suka melukis, berlakon.. As known aku nak jadi director. Aku tak minat bidang muzik. Aku tak suka nyanyi, aku tak suka buat lagu. Aku suka main alat muzik tapi benda-benda tu memang tak ngam dengan aku.

Kategori Kerja Perempuan
Aku suka menjahit. Aku tak suka masak. Kalau jahit something then tersilap, aku sangat ada kesabaran untuk repair balik dengan tekun. Dan biasanya lah, aku akan tahu apa nak buat untuk repair. Tapi kalau masak, aku sangat tak ada kesabaran. Untuk tunggu minyak panas.. Untuk pakai api kecil supaya bahagian dalam masak dan bahagian luar tak hangus.. Dan sebagainya. Dan yang pasti bila masakan dah gagal, aku memang tak akan tahu penyelesaiannya. Sebab tu, itu bukan bidang aku.



Jadi faham kan, maksud aku..

Bukan aku tak nak belajar. Satu hari aku akan usahakan..
Sebab aku ada satu goal.
Aku nak jadi macam mak-mak zaman dulu. Masak untuk family.
Breakfast, lunch, dinner. Complete 1 set.

Aku nak kurangkan sebolehnya family aku makan dekat luar.
Hygiene adalah benda terakhir aku boleh trust dekat masakan kedai.

















.

.Serang!!!! uh??.

.

Ini sebenarnya sambungan kisah kitorang pergi Shaftburry lepas main tennis tu.

Kitorang pergi minum dekat Chatime. Actually tu first time untuk aku dengan Falcon. Haha! Jakun gile!
Dalam borak-borak, kitorang terbukak cerita pasal lebah. Sebabnya tadi Haruka kena kacau dengan lebah masa main tennis.

Aku pulak memang dah lama simpan satu soalan misteri dalam kepala aku. So aku tanya la..
"Apa beza wasp dengan hornet? Wasp tebuan kan? Hornet tu apa??"

Nampaknya soalan tu tak terjawab sebab none of us tau pulaknya.
So Haruka cakap dia nak test google translate jela.
Aku memang tak letak harapan lah, sebab aku pernah try dulu dan memang tak membantu pun jawapannya. Google translate pulak kan...

Haruka try 'wasp'. "Tebuan."
Then dia try 'hornet'. "Tebuan jugak."
Aku senyum senget je.

Then Falcon buat joke.. "Try la 'bee' pulak. Entah-entah tebuan jugak ke."
As menyambung joke Falcon, Haruka pun try lah 'bee'. "Betul lah lebah."

Tiba-tiba ada sense aku tingling.
"Wait..... What do you guys mean? Bee is lebah? Then spider tu apa??"

And I swear.. Reaction diorang amat priceless.








MUAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!

















.

Tuesday 24 June 2014

.Keter'used'an.

.

Aku sekarang duk belajar main tennis.
Haaaaa perasan, ngko!
Konon cun la main tennis tu?

Jadi haritu aku, Falcon dan Haruka practice strike.

So far aku dah boleh strike. Tapi bila nak balas balik, aku tak terkejar lagi.
Maybe stamina la problem.
I'll work on that. Phewww...

So lepas berjam-jam menyiksa diri tu, (belum kira have fun lagi la, sebab belum terer) kitorang pergi shaftbury carik minum.
Haruka kata naik kereta Falcon jela, sebab kereta dia jauh gile pun.

Keluar je dari court tu, tiba-tiba Haruka marah Falcon.
Then Falcon gelak. So aku dapat agak Falcon main-main drive dengan cara bahaya sampai Haruka cuak.
Aku nak tahu jugak apa Falcon buat, so aku tanya la..
"Whattt whattt.. What happen??? Apa u buat, Falcon? LOL!!!"

Then Falcon LOL lebih teruk lagi dari tadi. "Tengok.. Cue dah terbiasa sangat sampai tak perasan."

Somehow apa yang Falcon cakap tu sumpah kelakar.
Yela, dulu aku memang tak kenal Falcon fully so maybe bila dia main-main macam tu aku jadi cuak.
Then aku sekarang almost everyday lepak dengan dia, sampai joke dia segala dah imune kat aku.

Sampai ada masa yang dia being silly buat lawak bodoh, aku dah tak tahu tu real ke main-main.
















.


Tuesday 15 April 2014

.Future Leadership Program.

.

Ermahgerd!

Aku baru alami pengalaman paling awesome seumur hidup aku.
Aku sangat happy dan aku nak cerita dari awal.

Ianya bermula pada suatu hari..

Aku nampak banyak pulak Shafiq post pasal event 'Future Leadership Program'.
Siap ada video promo lagi. Ada la few seconds..
Aku memang tak kuasa nak join benda-benda ni sebab takut busy.
Tapi fikir-fikir balik.. Leadership sangat-sangat-amat penting.
Lagi-lagi aku Director kan..

So aku pun apply. Shafiq kata kena bayar RM10. Aku postpone punya postpone sampai sekarang tak bayar apa pun.
Dalam pada tu, aku tak nak lah makan sorang kan.. So aku 'apply paksa' untuk Falcon sekali.
Dia pun macam.. "Whattt.. Kenapa u.. Okay yelaaa.."

Shafiq kata camp ni mungkin akan start dalm Mac. Antara dekat Selangor, Melaka atau Johor.
Aku kata, anywhere pun okay.. But at least not Selangor la.. Kita je dah dekat Cyber kot.

Akhirnya tarikh camp pun di umumkan. Kita semua akan pergi pada 4 April 2014, hari Jumaat.
Lokasi.. Kuala Kubu Baru. Ok fynee.. Selangor jugekk.

Diorang suruh kitorang bawa beberapa benda.
(Walaupun aku tak kuasa nak tulis sbb macam tak perlu, tapi sebenarnya ada kaitan dengan cerita ni.)

          3 pasang pakaian sukan (darker color for girls), kasut sukan
          Baju extra
          Toiletries, towel
          Extra socks
          Blindfold
          Torchlight
          Blanket

          *do minimize your packing

Apa yang kita boleh conclude?
Akan ada aktiviti basah/kotor.
Dan dengan semua tu kena bawa, kita perlu minimize packing. Hahaha menarik~

3 APRIL 2014
Kitorang semua ada briefing dekat SBA room.
Ada lah ice breaking sikit. Awesome jugak.
Mula-mula semua form kumpulan based on warna baju.
Then kena hafal nama semua orang dalam group.

So yang aku dapat adalah.. Izzudin, Jai dan Keertan.
Senang kan? Tak ramai pun pakai kelabu hari tu.

Next, form kumpulan based on faculty.
Ni senang sikit sebab aku dah kenal semua. Dua orang je aku tak tahu.
So aku dapat Falcon, Din, Tamim, Jowvy dan Eddy.
Bagus kan memori makcik ni.

Last sekali lagi susah.
Form kumpulan based on bulan kelahiran, tapi kena total silent.
So apa lagi, banyak betul jari-jemari di sana sini.
Akhirnya aku dapat jumpa juga.
Yang ni tak semua lah aku ingat sampai sekarang, sebab kena hafal tarikh lahir.
Best juga.

















.

Saturday 1 March 2014

.Polar Bear.

.

Susah aku nak cakap..
Aku ni ada member-member rapat. Yang ada dengan aku sejak sekolah lagi.

Yun
Nic
Farah

Ada juga lain-lain, tapi dah hilang. Ada yang masih di sini tapi tak se rapat dulu.

Aku bukan nak cerita apa lah.
Cuma aku ter perasan sesuatu masa chat dengan Farah.


Aku terkedu.

Aku cuba bayangkan benda tu terjadi.
Aku pinjam duit dengan Farah.

Baru aku perasan. Aku tak pernah pinjam duit dengan kawan-kawan aku.
Setakat pergi makan, belanja tu biasa lah.
Tapi pinjam duit. Memang tak pernah.
Aku even tak boleh bayangkan pun.

Duit ni nampak kecil tapi besar kesannya.
Aku sayang kawan-kawan aku..
Aku tak nak hilang diorang dengan cara ni.

Yelah, aku sendiri tak yakin bila poket aku nak tebal balik.
Entah bila aku nak dapat pulang balik duit orang.
Pikir-pikir balik, dengan siapa pun aku tak pernah pinjam duit.
Dan selama ni aku hidup je.
Jadi aku harap sampai bila-bila aku tak perlu pinjam dengan orang.
















.

Sunday 23 February 2014

.Kekalahan.

.

Betul.

Aku memang dah lain sikit sejak member dengan Falcon.
Dia ajar aku banyak benda.

Antaranya.. Kita tak boleh kalah!
Kita kena always jadi awesome.

Well, bukan dia cakap macam tu.
Cuma semangat tu dah semakin kuat la dalam diri aku.



4 Bulan yang lepas...

(1)
"Are you two together?" soal Hazree.
"In this? No.. no.. Im just the audience. Cue's the only one taking the dancing subject." jawab Falcon dengan relax bila Hazree ternampak dia teman aku masa final performance Dance class aku.

(2)
"Wait.. Korang couple ke?" soal Zaiton.
"Define 'couple'.." balas Falcon.
"LOL!!!!" aku ketawa besar.

(3)
"You know, if you guys are really couple, you could be the first couple in first batch CAP. Then we all talked that we should celebrate it." kata Janice pada suatu hari.

(4)
"Im sorry if I ask you this.. But are you two together? Because you know, Hazree and Yana also friends but they are like 'bro'-type. But you and Cue, look different.." soal Haris pula.
Dan aku pula tak ingat apa yang Falcon balas.




Aku dan Falcon memang ketawakan benda-benda tu.
Dan kitorang tahu.. Deep inside, diorang semua tahu yang kitorang memang tak ada apa-apa pun.
Saje buat bahan. Biasa lah..

Tapi pada suatu hari..

"You tau kan Mindy dengan Nazmi is couple," aku membuka bicara pada suatu petang.
"No la.. Diorang member je." balas Falcon tanpa percayakan aku.
"But I saw Nazmi put his hand around her.."
"Friends can do that.. Plus, Mindy kan ada boyfriend.." masih tak percayakan aku.
"But you know they were holding hand that day right.."
"What? Seriously! When??" akhirnya dia masuk jerat aku.

And after a really long talk.. Akhirnya dia percaya apa yang aku cakap.
Payah bebenor nya.

"And you know what it mean right?" tanya aku kembali.
"What??"
"Remember what Janice said.. About the first couple in CAP first batch.."
"Oh my god! They got it!"
"I know right.." sekali lagi aku berjaya mind-blown kan dia. Best sungguh.
"Ahh!! Kalau lah dari dulu kita berlakon je. Kalau diorang tanya, kita just gelak je. Tak payah I nak explain kat Haris haritu you dah ada boyfriend. Mesti kita dah menang."

Maka aku pun LOL dengan gilanya.
Tak leh bla betul.

Well.. Semangat kesukanan kena ada.. Kadang kita menang, kadang kita kalah. Demikianlah kata-kata loser. Pernah winner cakap cenggitu?

Macam mana lah agaknya kalau kitorang betul-betul berlakon dulu..















.

.PKR 77.

.

Pada suati hari di hostel.. Aku dah kena serangan nyamuk bertubi-tubi.
Gile babeng nyamuk tu!
Kongsi gelap ngko!

Pasai pa aku habaq nyamuk tu kongsi gelap.

Tengok lah macam mana dia attack aku.
Kat kaki, kat tangan, kat perut..
Semua tempat yang tak boleh nampak. Muka dia tak touch.
Langsi mehh..

Dengan cara tu kira aku tak boleh la nak report yang hostel banyak nyamuk?
Good game.. Good game..
Nyamuk - 1     Cue - 0

So aku nak report kat sapa lagi.
Falcon jela yang ada.

Dan ini yang dia cakap..



Hahaha.. Ni lah Falcon.
Selalu jaga aku.

Well, selagi dia masih pandang aku as Producer and AD dia, thats the best give I could ask from him.

......................................

Ohh.. pasal PKR 77 tu..

Hari tu Falcon buat joke pasal orang park kereta macam sial.
So dia pergi mock bunyi announcement.
"To stupid asshole who's the owner of the car with plate number PKR 77.. Please learn how to park."

Lebih kurang cenggitu lah bunyinya.
Aku pun gelak la habis-habis.
Gile ah mamat ni. Symbolism nak mati!















.

.3in1.

.

P.Ramlee masa mula naik dulu, kemain ramai nak jatuhkan dia.
Dengki la konon.
Lepas dia tak ada, masa tu lah semua dok touching. Lagenda katanya.
Dan lepas tu baru lah dia nak dapat gelaran itu ini. Tan Sri.
Nak bawak kemana Tan Sri tu. Dia dah tak ada.

(Dalam situasi yang totally unrelated)
Mak ayah pulak adalah golongan yang pehhh!!! budak-budak, teenagers terutamanya amat berangin terhadap.
Gile kacau!
Sikit-sikit nak call. Kat mana lah, dengan siapa..
Sibuk betul.
Tak belajar, bising. Rilex la! Hidup kena enjoy. Tak gitu?
Tapi bila diorang dah tak ada,
Masa tu lah kau nak meraung.
Masa tu lah rasa macam tak boleh hidup kan?

Bukan kau tak reti basuh baju sendiri..
Bukan kau tak tahu cari stokin nak bersiap pergi sekolah.
Bukan tak pandai buat breakfast pagi-pagi, cari makan sepanjang hari untuk terus hidup.
Kau dah besar panjang.

(dalam situasi yang berkait)
Tapi bila diorang tak ada tu, kat situ lah kau rasa tak boleh hidup.
Masa tulah semua benda berharga.
Masa tu hidup kau rasa tak lengkap.
Dan di situ baru kau nak tahu yang kau patut hargai dia masa dia ada.

(dalam situasi aku pulak)
Bila aku nak mula berjinak dengan blog baru..
Ye, adik-adik..
Dan dan tu jugak lah semua orang nak muncul.
Dengan tetibanya Nic yang ku cintai kata..
"Aku suka nama blog kau. NightRains. Sedap kot."

Ni, dalam jantung aku ni.
"Bukk!!" gugur sehelai daun.
Daun jantung. Kau pernah dengar?
Aku pun.

Masa tu lah Nic nak kata dia suka style aku menulis walaupun aku kurang pasti apa yang dia perasan sebab dalam kelas Script Writing last sem, Miranda tak pilih pulak script aku. Maknanya apa? Suck la makno eh.

Dan dan tu jugak lah kitorang terdiscover entry si Faghah pasal aku dan blog baru.
Aku tak tahu pun pasal entry tu sampailah tadi.
Dia pun kata benda yang sama (secara miracle nya).

Ha tu lah dia.
Masa aku duk berapi nak ber-blogging takda sapa pulak nak cakap macam tu.
Tau berapa banyak aku dah keluarkan untuk lepaskan NightRains?
Tak payah cito Nuffnang la. Dah bertaun aku ketuk keyboard, RM2.45 di boghi kek den.
Bila aku dah kuatkan diri untuk mulakan yang baru..
Ha masa tulah ada yang nak muncul kan..

Dua kes dalam satu hari pulaknya.
Very rare.. Boleh masuk 'Qhamel Book of Record'

Macam cool pulak kan?
Rasa nak start la pulak buat buku tu.
Jaga kau.

Btw, kami team Haruk dah bersedia untuk bangunkan satu projek bersama akhirnya.
(oh.. terujanya)
Namun kes tersebut masih lagi berada dalam fail sulit, maka tak boleh la aku nak cito kat sini.
Pasal projek tu, aku tak kisah sangat menjadi ke tidak.
The thing is.. Aku cuma nak something yang kita semua boleh buat bersama.

Aku tak nak sampai masa kita terpaksa berpecah, dan masa tu baru kita nak rasa..
Kenapa lah dulu kita tak buat benda ni..

















.

Saturday 15 February 2014

.Ashes?.

.

Suatu ketika dulu..
Aku pernah alami usia 13. Of course.
Itulah pertama kali aku jumpa dia.

Hari tu aku lepak dengan Syira macam biasa.
Kalau dah form 1 kan, mestilah baru dekat sekolah baru.
Jadi kitorang boleh kata kurang familiar dengan sekolah tu.

Kitorang lalu dekat tangga.
Well, semua orang sedia maklum kan tangga sekolah.
Tempat berlaku segala macam maksiat, ponteng, program berasap dan tak kurang juga budak-budak bermain gam.

Sebelum kitorang sampai tangga, dia tahan kitorang.
"Dik, jangan lalu sini.. Ngah isap rokok. Kang diorang marah."
Asap kecil keluar dari mulut dia. Ironically, masa sebut 'rokok'.
Mata dia merah.

Cara dia cakap baik sangat.
Untuk seorang senior yang ponteng kelas hisap rokok.

Obviously dia tak ingat aku dah.
Aku pun dah lama lupa pasal hal tu.
Cuma tiba-tiba tadi aku ter'recall hal tu.

Tanpa aku jangka..
Aku masih ingat muka dia rupanya.

Rambut dia..
Mata merah..
Aku belum lupa rupanya.

Tapi sampai situ jela.
Tak ada nya aku nak jumpa dia lagi.

Well, not to say aku larang siapa yang couple dengan aku untuk smoke.
Just that.. It happen to be all guys (which actually just two) that had been in a (serious) relationship with me are none smoker.

But I can say only one of it had been in a serious relationship with me.
Very long time ago.
The other one is currently.

Aku tak tahu kenapa. Aku cuma tengah tengok Curious Case of Benjamin Button.
Cuma scene Daisy smoke tu buat aku tiba-tiba teringat.
Ape tah.

















.

Sunday 5 January 2014

.Redhooo.

.


Aku kalah dengan orang lain takpe. Kalah dengan orang yang lagi kurus dari aku, aku tak boleh bla sikit.
(Takde kaitan pun sebenarnya.) Dah la DP dia lagi cool dari aku. Mangkuk betul!

Pehhh... Dia ingat aku main-main ke?
Hahahaha...
Sejak bila pulak aku main-main bila curse orang.

Agaknya sebab tu lah aku ni tak ada super power. Kalau tak ramai dah orang gemuk dalam dua saat.

Apa benda aku merepek ni!
Aku nak cerita lain, jadi lain.

So ceritanya, shooting aku hari ni terbengkalai.
Banyak sangat benda datang.
Jadinya kitorang nak buat esok pagi.
Terpaksa lah kitorang meng-skip kelas Ajai tersayang.














.

.Mah Nigga.

.

Well.. Macam yang sedia tahu, aku ada Homie dekat MMU ni.
Nama dia Falcon. Unik tak?
Macam orangnye jugaklah.

Jarang bebenor aku jumpa orang macam dia ni.
Rasanya ni first time kot.

Mula-mula aku geng dengan dia dulu, masa kitorang satu group.
Dia jadi director, aku producer.
Masa dia start tegur aku, aku dah bahagia gile sebab jumpa orang macam dia.
Dia tu director ketiga aku bekerja.
Dan director pertama yang dah siap 80% pre-pro sebelum start first group meeting lagi.
Gila kot!

Since aku producer, memang aku akan rasa benda tu sangat memudahkan kerja lah.
Sebab dapat director yang betul-betul bersemangat macam tu.
Dua director lain aku kerja sebelum ni, bukanlah kata teruk..
Tapi Falcon ni dah melampau rajinnya.

Esoknya aku buat meeting dengan dia.
Script yang kitorang dapat ni macam pening-pening sikit.
Dan dia boleh letakkan benda kelakar gila dalam tu.
Start tu lah aku rasa.. Ok bagus betul otak dia.

Dari situ lah aku selalu follow dia sebab aku rasa memang interesting gila lah kerja dengan orang macam ni kan. Lagi-lagi aku memang kena betul-betul faham apa dia nak buat kan.
Sebelum ni pun patut aku follow director macam tu jugak untuk faham apa dia nak kan.
Tapi macam akau kata tadi.. Tak ada yang bersemangat. Buat keje asal buat je.

Falcon memang banyak tolong aku.
Bila aku ada problem jarang bebenor la dia tak ada.
Bila aku sedih, nangis pasal boyfriend (cehh)..
Bila aku ada problem masa buat assignment..
Bila aku perlukan sokongan..

Tak cukup dengan tu..
Dia protect aku dekat MMU ni.
Sebab aku selalu dengan dia, semua orang ingat aku couple dengan dia.

Dan ada yang terang-terang bagitau aku, dia tak berani nak approach aku sebab ingat aku couple dengan Falcon.
Hahahaha!!!!
Kira Falcon ni protect aku la dari kena mengorat.
Aku ada boyfriend kot..

Alah, tu kecik punya hal. Banyak lagi hal besar-besar yang dia dah back up aku..














.

Friday 3 January 2014

.Katak.

.

Muahahaha!!! Dahsyat tak nama baru blog ni?
Well, ni idea dari Homie aku.
Oh yea! Aku belum sempat lagi nak cerita pasal dia.

So yeah.. Asal usul nama ni..

Sem ni akhirnya aku dapat juga apa aku impikan.
Aku dapat jadi director!!!!!
Tapi.. Aku kurang happy.
Sebab aku dapat producer yang pemalas tahap gunung (bak kata homie aku).

Jadi biasalah.
Kalau pre-production dah tak lancar, amacam production nak cun.
Dah la 2hari je lagi nak shoot.
Mangkuk betul!

Nasib baik comel kemain. So ada lah jugak benda elok pasal mangkuk tu.

Jadinya tadi macam biasa Homie aku akan motivate aku baikkkk punya kasik up balik jiwa aku yang dah runtuh ni.
Dalam duk nasihat-nasihat tu.. Tiba-tiba terbukak pulak cerita pasal style filmmaker-filmmaker berjaya.
Waktu tu dia cerita pasal Nolan la. Idol dia.

Entah macam mana boleh terdiscover pulak style aku.
Dia kata aku suka ambil risiko.
Kiranya benda tu dah susah dah. Semua orang pun tau, gile lah! Susah kot nak buat.
Dan aku pun tak la tau sangat pasal benda tu.
Mana tak nya. Dia introduce aku dekat Memento punya editing.
Filem Memento tu.. By Nolan la sapa lagi.
Aku boleh buat gile nak buat editing macam tu.

Mula-mula dia kata baguslah yang aku nak mencuba walaupun tak tahu.
But then dia kata, still ada bad word untuk tu.
"Ambitious"

OMG! Bapak ah!
Sumpah aku benci orang kata aku ambitious.
Aku bukan ambitious la! Aku kata nak buat benda gila pun aku tau aku boleh buat ke tidak.
Tak la aku balun je.
Cuma dah dapat producer comel yang hampeh takleh pakai ni. Memang la rosak plan aku.

Tu lah yang aku kata kat dia.
Then kitorang teringat pulak yang aku nak set up sendiri sebijik set kosong jadi kafeteria untuk scene dalam upcoming short-film aku.
Lagi lah dia kata risky gile.
So dia terus cakap "Oh my god, u memang ambitious risk-taking.... bastard!"

Aku gelak la gile-gile.
See aku dah agak..
Kalau aku mengalami kemurungan tak tentu arah..
Memang tak salah orang kalau aku jumpa dia.

Dan sekarang aku dah dapat semangat aku balik.





*btw.. Katak adalah haiwan amphibia. Iaitu haiwan yang hidup di darat dan air. Mungkin dia pun ambitious jugak kot sana sini dia nak try duduk. Kalau tidak mana lah nak tahu kan. See.. Ambitious tu sangat bagus. Maka dari situlah haiwan amphibia mendapat nama. Dan dari itulah, entri ini mendapat nama.

















.

Wednesday 1 January 2014

.One Two Tree.

.

Cheezy tak pokok tu? Hahaha!!

Ok aku bukan nak cerita pasal pokok pun.
So sila pangkah pokok.
.One Two Tree.

Done.

Aku nak cerita pasal Wan sebenarnya.
Wan? Wan mana?

Wan.. Ibu kepada mak dan ayah aku.
Well, ada yang panggil nenek.. opah.. tok wan ke ape2..
Tapi aku panggil wan aku, wan.
Ha amik kau.

Ada sesapa dah baca buku Kelabu tulisan Nadia Khan?
Buku pasal le... Opss.. Aku tak nak spoiler.

Tapi lain kali lah aku cerita pasa buku tu. Yang aku nak cerita sekarang, masa aku baca buku tu..
Dah nak habis dah. Ada lah satu scene orang tu pandang muka Tok Wan dia..
Lepas tu dia cakap dalam hati..
"Tua dah Tok Wan aku.."

Kat situ lah aku perasan..

Aku dah tak ada Wan.

Baik belah mak, atau ayah.
Dua-dua dah tak ada.

Tiba-tiba aku rasa rindu dekat Wan aku.

(banyak tak beat entri aku)

Aku tak lah rapat dengan Wan aku. Dua-dua pun.
Tapi aku sayang kot..

Agak sedih bila aku pikir balik, yang umur aku mungkin jauh lagi.
Dan aku dah tak ada peluang nak jumpa Wan aku lagi.

Semua pun tahu apa yang best nya ada Wan.

Bila pergi rumah dia, mesti dia duk bising suruh makan.
Tengok muka tua dia.. Banyak boleh buat kita sedar benda yang kita dah sia-siakan..
Kita tahu kita akan tua macam dia juga satu hari.
Tak larat, lemah.. Semua akan tak ada.

Cuma mampu harapkan anak cucu datang jenguk. Kalau tidak tu, sorang-sorang je kat rumah.
Tah apa lah yang Wan kita buat kan selama kita tak balik kampung tu.
Tengok tv ke? Cerita apa yang Wan tengok eh? Takkan Maharajalawak pulak.

Berkebun? Pehh.. Kuat betul orang tua tu.
Mana nak dapat barang dapur segala?

Macam-macam lah.

Hakikatnya.. Sampai bila-bila pun aku tak akan jumpa Wan aku lagi.
Sedih kot..

Tapi itu baru Wan.

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya.. Pendek je.
Muahahaa!!! Macam tak biasa dengan style aku.
Mukadimah panjang gile.

Aku fikirkan orang yang dah tak ada mak ayah.
Mungkin macam ni lah rasanya.
Rasa sakit yang tak dapat gambarkan bila kena terima hakikat yang hidup masih lama lagi tapi kita tak akan dapat jumpa diorang lagi sampai kita mati.
Masa tulah bebelan tu macam gift dekat kita.
Masa tu agaknya kita rasa sanggup bagi apa je untuk dengar suara diorang untuk sekali je lagi.

Sekali je..

So sebelum aku merepek lebih banyak dan mengalirkan air mata rockers aku..
Aku bagi lah kesimpulan..

Tolonglah hargai orang tua sekeliling korang.
Ok babai.

















.