Wednesday 1 January 2014

.One Two Tree.

.

Cheezy tak pokok tu? Hahaha!!

Ok aku bukan nak cerita pasal pokok pun.
So sila pangkah pokok.
.One Two Tree.

Done.

Aku nak cerita pasal Wan sebenarnya.
Wan? Wan mana?

Wan.. Ibu kepada mak dan ayah aku.
Well, ada yang panggil nenek.. opah.. tok wan ke ape2..
Tapi aku panggil wan aku, wan.
Ha amik kau.

Ada sesapa dah baca buku Kelabu tulisan Nadia Khan?
Buku pasal le... Opss.. Aku tak nak spoiler.

Tapi lain kali lah aku cerita pasa buku tu. Yang aku nak cerita sekarang, masa aku baca buku tu..
Dah nak habis dah. Ada lah satu scene orang tu pandang muka Tok Wan dia..
Lepas tu dia cakap dalam hati..
"Tua dah Tok Wan aku.."

Kat situ lah aku perasan..

Aku dah tak ada Wan.

Baik belah mak, atau ayah.
Dua-dua dah tak ada.

Tiba-tiba aku rasa rindu dekat Wan aku.

(banyak tak beat entri aku)

Aku tak lah rapat dengan Wan aku. Dua-dua pun.
Tapi aku sayang kot..

Agak sedih bila aku pikir balik, yang umur aku mungkin jauh lagi.
Dan aku dah tak ada peluang nak jumpa Wan aku lagi.

Semua pun tahu apa yang best nya ada Wan.

Bila pergi rumah dia, mesti dia duk bising suruh makan.
Tengok muka tua dia.. Banyak boleh buat kita sedar benda yang kita dah sia-siakan..
Kita tahu kita akan tua macam dia juga satu hari.
Tak larat, lemah.. Semua akan tak ada.

Cuma mampu harapkan anak cucu datang jenguk. Kalau tidak tu, sorang-sorang je kat rumah.
Tah apa lah yang Wan kita buat kan selama kita tak balik kampung tu.
Tengok tv ke? Cerita apa yang Wan tengok eh? Takkan Maharajalawak pulak.

Berkebun? Pehh.. Kuat betul orang tua tu.
Mana nak dapat barang dapur segala?

Macam-macam lah.

Hakikatnya.. Sampai bila-bila pun aku tak akan jumpa Wan aku lagi.
Sedih kot..

Tapi itu baru Wan.

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya.. Pendek je.
Muahahaa!!! Macam tak biasa dengan style aku.
Mukadimah panjang gile.

Aku fikirkan orang yang dah tak ada mak ayah.
Mungkin macam ni lah rasanya.
Rasa sakit yang tak dapat gambarkan bila kena terima hakikat yang hidup masih lama lagi tapi kita tak akan dapat jumpa diorang lagi sampai kita mati.
Masa tulah bebelan tu macam gift dekat kita.
Masa tu agaknya kita rasa sanggup bagi apa je untuk dengar suara diorang untuk sekali je lagi.

Sekali je..

So sebelum aku merepek lebih banyak dan mengalirkan air mata rockers aku..
Aku bagi lah kesimpulan..

Tolonglah hargai orang tua sekeliling korang.
Ok babai.

















.

No comments:

Post a Comment