Saturday 6 September 2014

.Tergantung.

.

Macam aku pernah cakap sebelum ni, Fatehah ni sangat sloth.
Malangnya bukan sahaja physically, malah juga mentally.

Ada satu hari dulu aku pernah cakap something pasal blogging, dia kata childish gila.
Dan suatu masa dulu aku pernah casually tanya, wallpaper phone dia letak gambar pakwe ke, dia kata sangat immature.

Beberapa minggu lepas...

Kitorang actually ada satu project rahsia. Benda ni require client..
So dalam ramai-ramai client kitorang, ada satu ni yang agak 'attitude'. Dipendekkan cerita, aku tak suka dia, so aku tak nak proceed kerja dia.
Mulanya aku acuh tak acuh layan dia supaya dia fed up dan cari 'sponsor' lain.
Tapi macam tak faham-faham pulak.

Aku terang-terang dah bagitau semua condition (which aku akan story lain kali) dan dia memang tak tepati part attitude tu. Lagi-lagi benda orang buatkan free ni, tak payah lah nak berlagak sangat kan.

Jadi bila aku dah duk rimas layan mamat ni, Fatehah boleh cakap dekat aku..
"Ape susah, tukar je nombor."

Ohh the hell.. No bisnes la lembab! Ingat aku bodo macam kau ke.
Dan dia cuba bagitau aku INI tidak childish?
Ohh.. Sloth..
















.

Friday 5 September 2014

.Mentedarah.

.

Cerita nak keluar makan ni memang boleh buat isu dalam rumah ni.
Slow-slow ye..

Rumet aku ni, si Fatehah memang sloth habis.
Aku pikir aku yang paling lembab, tak sangka ada spesis lagi upgrade.

Dia memang sedia maklum pesen yang keluar sikit pun nak bermekap bagai. Agaknya muka dia tu macam langsuir sangat ke apa tak tahu lah.
Tapi kalau express tu takpe. Lamanya kemain.
Tu baru mekap. Dia ikat rambut pun, ya tohan.. Punyalah lama.

Since aku pakai tudung, dia suka assume aku siap lambat, sebab kena iron tudung bagai.
Tak payah cite dia punya mandi lama gile khinzir.
So dia dah siap mandi, aku pun duk bersiap pulak. Dia duk tergolek depan laptop.
Aku tanya, dah siap ke? Dia kata dah.
So aku iron tudung, pakai.. Siap je aku pakai, dia pun bangun.
Pergi kat cermin, make up.

Lahabau! Lama gila pulak tu!















.