Sunday 5 January 2014

.Redhooo.

.


Aku kalah dengan orang lain takpe. Kalah dengan orang yang lagi kurus dari aku, aku tak boleh bla sikit.
(Takde kaitan pun sebenarnya.) Dah la DP dia lagi cool dari aku. Mangkuk betul!

Pehhh... Dia ingat aku main-main ke?
Hahahaha...
Sejak bila pulak aku main-main bila curse orang.

Agaknya sebab tu lah aku ni tak ada super power. Kalau tak ramai dah orang gemuk dalam dua saat.

Apa benda aku merepek ni!
Aku nak cerita lain, jadi lain.

So ceritanya, shooting aku hari ni terbengkalai.
Banyak sangat benda datang.
Jadinya kitorang nak buat esok pagi.
Terpaksa lah kitorang meng-skip kelas Ajai tersayang.














.

.Mah Nigga.

.

Well.. Macam yang sedia tahu, aku ada Homie dekat MMU ni.
Nama dia Falcon. Unik tak?
Macam orangnye jugaklah.

Jarang bebenor aku jumpa orang macam dia ni.
Rasanya ni first time kot.

Mula-mula aku geng dengan dia dulu, masa kitorang satu group.
Dia jadi director, aku producer.
Masa dia start tegur aku, aku dah bahagia gile sebab jumpa orang macam dia.
Dia tu director ketiga aku bekerja.
Dan director pertama yang dah siap 80% pre-pro sebelum start first group meeting lagi.
Gila kot!

Since aku producer, memang aku akan rasa benda tu sangat memudahkan kerja lah.
Sebab dapat director yang betul-betul bersemangat macam tu.
Dua director lain aku kerja sebelum ni, bukanlah kata teruk..
Tapi Falcon ni dah melampau rajinnya.

Esoknya aku buat meeting dengan dia.
Script yang kitorang dapat ni macam pening-pening sikit.
Dan dia boleh letakkan benda kelakar gila dalam tu.
Start tu lah aku rasa.. Ok bagus betul otak dia.

Dari situ lah aku selalu follow dia sebab aku rasa memang interesting gila lah kerja dengan orang macam ni kan. Lagi-lagi aku memang kena betul-betul faham apa dia nak buat kan.
Sebelum ni pun patut aku follow director macam tu jugak untuk faham apa dia nak kan.
Tapi macam akau kata tadi.. Tak ada yang bersemangat. Buat keje asal buat je.

Falcon memang banyak tolong aku.
Bila aku ada problem jarang bebenor la dia tak ada.
Bila aku sedih, nangis pasal boyfriend (cehh)..
Bila aku ada problem masa buat assignment..
Bila aku perlukan sokongan..

Tak cukup dengan tu..
Dia protect aku dekat MMU ni.
Sebab aku selalu dengan dia, semua orang ingat aku couple dengan dia.

Dan ada yang terang-terang bagitau aku, dia tak berani nak approach aku sebab ingat aku couple dengan Falcon.
Hahahaha!!!!
Kira Falcon ni protect aku la dari kena mengorat.
Aku ada boyfriend kot..

Alah, tu kecik punya hal. Banyak lagi hal besar-besar yang dia dah back up aku..














.

Friday 3 January 2014

.Katak.

.

Muahahaha!!! Dahsyat tak nama baru blog ni?
Well, ni idea dari Homie aku.
Oh yea! Aku belum sempat lagi nak cerita pasal dia.

So yeah.. Asal usul nama ni..

Sem ni akhirnya aku dapat juga apa aku impikan.
Aku dapat jadi director!!!!!
Tapi.. Aku kurang happy.
Sebab aku dapat producer yang pemalas tahap gunung (bak kata homie aku).

Jadi biasalah.
Kalau pre-production dah tak lancar, amacam production nak cun.
Dah la 2hari je lagi nak shoot.
Mangkuk betul!

Nasib baik comel kemain. So ada lah jugak benda elok pasal mangkuk tu.

Jadinya tadi macam biasa Homie aku akan motivate aku baikkkk punya kasik up balik jiwa aku yang dah runtuh ni.
Dalam duk nasihat-nasihat tu.. Tiba-tiba terbukak pulak cerita pasal style filmmaker-filmmaker berjaya.
Waktu tu dia cerita pasal Nolan la. Idol dia.

Entah macam mana boleh terdiscover pulak style aku.
Dia kata aku suka ambil risiko.
Kiranya benda tu dah susah dah. Semua orang pun tau, gile lah! Susah kot nak buat.
Dan aku pun tak la tau sangat pasal benda tu.
Mana tak nya. Dia introduce aku dekat Memento punya editing.
Filem Memento tu.. By Nolan la sapa lagi.
Aku boleh buat gile nak buat editing macam tu.

Mula-mula dia kata baguslah yang aku nak mencuba walaupun tak tahu.
But then dia kata, still ada bad word untuk tu.
"Ambitious"

OMG! Bapak ah!
Sumpah aku benci orang kata aku ambitious.
Aku bukan ambitious la! Aku kata nak buat benda gila pun aku tau aku boleh buat ke tidak.
Tak la aku balun je.
Cuma dah dapat producer comel yang hampeh takleh pakai ni. Memang la rosak plan aku.

Tu lah yang aku kata kat dia.
Then kitorang teringat pulak yang aku nak set up sendiri sebijik set kosong jadi kafeteria untuk scene dalam upcoming short-film aku.
Lagi lah dia kata risky gile.
So dia terus cakap "Oh my god, u memang ambitious risk-taking.... bastard!"

Aku gelak la gile-gile.
See aku dah agak..
Kalau aku mengalami kemurungan tak tentu arah..
Memang tak salah orang kalau aku jumpa dia.

Dan sekarang aku dah dapat semangat aku balik.





*btw.. Katak adalah haiwan amphibia. Iaitu haiwan yang hidup di darat dan air. Mungkin dia pun ambitious jugak kot sana sini dia nak try duduk. Kalau tidak mana lah nak tahu kan. See.. Ambitious tu sangat bagus. Maka dari situlah haiwan amphibia mendapat nama. Dan dari itulah, entri ini mendapat nama.

















.

Wednesday 1 January 2014

.One Two Tree.

.

Cheezy tak pokok tu? Hahaha!!

Ok aku bukan nak cerita pasal pokok pun.
So sila pangkah pokok.
.One Two Tree.

Done.

Aku nak cerita pasal Wan sebenarnya.
Wan? Wan mana?

Wan.. Ibu kepada mak dan ayah aku.
Well, ada yang panggil nenek.. opah.. tok wan ke ape2..
Tapi aku panggil wan aku, wan.
Ha amik kau.

Ada sesapa dah baca buku Kelabu tulisan Nadia Khan?
Buku pasal le... Opss.. Aku tak nak spoiler.

Tapi lain kali lah aku cerita pasa buku tu. Yang aku nak cerita sekarang, masa aku baca buku tu..
Dah nak habis dah. Ada lah satu scene orang tu pandang muka Tok Wan dia..
Lepas tu dia cakap dalam hati..
"Tua dah Tok Wan aku.."

Kat situ lah aku perasan..

Aku dah tak ada Wan.

Baik belah mak, atau ayah.
Dua-dua dah tak ada.

Tiba-tiba aku rasa rindu dekat Wan aku.

(banyak tak beat entri aku)

Aku tak lah rapat dengan Wan aku. Dua-dua pun.
Tapi aku sayang kot..

Agak sedih bila aku pikir balik, yang umur aku mungkin jauh lagi.
Dan aku dah tak ada peluang nak jumpa Wan aku lagi.

Semua pun tahu apa yang best nya ada Wan.

Bila pergi rumah dia, mesti dia duk bising suruh makan.
Tengok muka tua dia.. Banyak boleh buat kita sedar benda yang kita dah sia-siakan..
Kita tahu kita akan tua macam dia juga satu hari.
Tak larat, lemah.. Semua akan tak ada.

Cuma mampu harapkan anak cucu datang jenguk. Kalau tidak tu, sorang-sorang je kat rumah.
Tah apa lah yang Wan kita buat kan selama kita tak balik kampung tu.
Tengok tv ke? Cerita apa yang Wan tengok eh? Takkan Maharajalawak pulak.

Berkebun? Pehh.. Kuat betul orang tua tu.
Mana nak dapat barang dapur segala?

Macam-macam lah.

Hakikatnya.. Sampai bila-bila pun aku tak akan jumpa Wan aku lagi.
Sedih kot..

Tapi itu baru Wan.

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya.. Pendek je.
Muahahaa!!! Macam tak biasa dengan style aku.
Mukadimah panjang gile.

Aku fikirkan orang yang dah tak ada mak ayah.
Mungkin macam ni lah rasanya.
Rasa sakit yang tak dapat gambarkan bila kena terima hakikat yang hidup masih lama lagi tapi kita tak akan dapat jumpa diorang lagi sampai kita mati.
Masa tulah bebelan tu macam gift dekat kita.
Masa tu agaknya kita rasa sanggup bagi apa je untuk dengar suara diorang untuk sekali je lagi.

Sekali je..

So sebelum aku merepek lebih banyak dan mengalirkan air mata rockers aku..
Aku bagi lah kesimpulan..

Tolonglah hargai orang tua sekeliling korang.
Ok babai.

















.