Saturday 28 December 2013

.Bagi cue sikit.

.

Mula-mula sekali, aku masih orang yang sama.
Orang dah lama panggil aku Qhamel. Dulu aku benci. Sekarang aku suka gile. Cool kot!

Cuma baru-baru ni homie aku cadangkan nama baru.
Cue.
Tolong jangan kata kau tak pernah dengar perkataan tu.
Well, walau apa pun maksudnya dalam kepala kau.
Tapi confirm-confirm bila sebut je dah dapat clue yang agak jelas kenapa nama tu agak awesome untuk orang macam aku kot. hahaha.

Macam tu jugak url blog baru aku ni. Gile pelik. Ape menatang la yang aku tulis kat atas tu agaknya.
Biar aku terus terang la.
Aku cuma hantuk kepala atas keyboard, guling-guling sikit, dan lepas tu tambah perkataan 'Cue' dekat belakang.

Kau hado?

Dan macam aku cakap.. Aku masih orang yang sama. Malas aku nak menaip dalam bahasa penjajah.
Puihh!! Macam BM kau hebat!
Hakikatnya, gile hipokrit aku rasa bila menaip dalam BI.

Tapi kadang-kadang mungkin ada entri yang aku buat dalam BI. Cuma tau lah kan.. Ada certain cerita yang akan bunyi sangat-sangat tak natural kalau buat dalam BI. Jadi ikut kesesuaian la.



Aku patut tido sekarang ni.
Tapi amenda tah aku boleh teringat kat blog ni. Dah lama buat baru. Tapi tak ter-hapdet pun.
Dah terbengkalai tido gua.
Dah lar esok pagi buta nak buat ADR. Tak gitu, Unta?















.

Friday 26 April 2013

.Permulaan Kata.

.

Maaf kerana sangat men-disturbing perbuatan aku ni.
(redundant sangat ayat aku)

Namun hakikat yang ternyata aku alami adalah..
Aku sudah terlalu bosan dan semak sesemak habis dengan visitor blog aku.

Ada antaranya yang aku sangat sakit hati dengan sikap mereka.
Yang pastinya, aku cuma tak mahu mereka jumpa lagi blog aku dan lawat coretan aku untuk ke-sekian kalinya.

Sebab aku sumpah sudah pun benci sangat-sangat amat dekat that particular person.
Maka aku telah mengambil tindakan drastik dengan membina sebuah blog baru.
Walaupun ia sangat merugikan aku kerana aku kehilangan follower..
Namun bukanlah followers yang aku kejarkan.
Aku cuma mahu sebuah tempat untuk aku menulis dengan aman damai.
Tanpa reader bodoh (maaf) yang suka menyusahkan aku.

Bila dia dah melibatkan kehidupan aku di dunia realiti, aku sangat benci.
Benda virtual biarkan virtual.
Jangan dikaitkan siapa aku di dunia sebenar.









* skema tak ayat aku? terencat betul perbuatan aku ini.











.