Saturday 22 November 2014

.Awek.

.

Aku tak lah handal memasak..
Tapi aku reti lah..

Citenye aku sendiri tak tahu yang aku reti masak.
Mungkin ye, ada bagus hidup bersama sloth. Itu membantu kita sedar yang kita ni power sebenarnya.

Bukan apa, aku nak ber-atkins. Makan kat kedai leceh la. Lagipun bila ber-atkins ni baru aku sedar makanan kedai tu kadang-kadang rasa macam tong minyak.

Sila hadap gmbar yang aku screencapture dari fon sebab aku dah delete gambar ni. Malangnya aku malas nak crop. Kerana apa, puan2? Kerana aku pewmalash


Ini first time aku masak dekat rumah ni.
Segala pesen sayur aku campak. Sebab aku suka makan sayur.
Selalunya aku masak dekat rumah, memang rasa macam shitz.
Ini first time aku rasa menjadi.
Fatehah pulak cakap rasa macam kuah mee hailam, so apa lagi.. Aku nak kena bukak restoran ni.
(Ye, meja makan kami sangat cantik, maka rumah ni mahal macam sial)


Nampak macam maggie, tapi bukan maggie ye puan2..
Yang ni aku try masak pakai microwave 100%.
(Ye kami ada microwave. Kerana itu rumah ini mahal macam shilako)
Mee nya sahaja pakai maggie, tapi kuah aku buat sendiri. Again, variasi sayuran kerana capsicum adalah awesome.


Ini tomyam namo eh.
Aku buat masa lunch break hari jumaat.
Groupmate aku, jejaka2 kacak meletops suma duk pegi solat jumaat. Diorang hantar aku balik dulu so aku pun ber ting tong ting tong di dapur.
Aku ada niat nak jemput diorang sekali, tapi aku suka makan,
Maka.. CUE DOESN'T SHARE FOOD!!


Ini semalam.
Ayam sambal dengan sayur goreng.
Kali ni aku bahagia sikit sebab ada bendi, Muahhh!!
(Akhirnya aku makan nasi)
Kalau cito kat mak aku ni sumpah dia tak caye aku reti.

Sebenarnya macam-macam aku plan nak buat, tapi tak ada modal.
Pehh sadis







Ohh.. the title?
It kinda means im slowly turning into awek. pfffftttt













.

Saturday 6 September 2014

.Tergantung.

.

Macam aku pernah cakap sebelum ni, Fatehah ni sangat sloth.
Malangnya bukan sahaja physically, malah juga mentally.

Ada satu hari dulu aku pernah cakap something pasal blogging, dia kata childish gila.
Dan suatu masa dulu aku pernah casually tanya, wallpaper phone dia letak gambar pakwe ke, dia kata sangat immature.

Beberapa minggu lepas...

Kitorang actually ada satu project rahsia. Benda ni require client..
So dalam ramai-ramai client kitorang, ada satu ni yang agak 'attitude'. Dipendekkan cerita, aku tak suka dia, so aku tak nak proceed kerja dia.
Mulanya aku acuh tak acuh layan dia supaya dia fed up dan cari 'sponsor' lain.
Tapi macam tak faham-faham pulak.

Aku terang-terang dah bagitau semua condition (which aku akan story lain kali) dan dia memang tak tepati part attitude tu. Lagi-lagi benda orang buatkan free ni, tak payah lah nak berlagak sangat kan.

Jadi bila aku dah duk rimas layan mamat ni, Fatehah boleh cakap dekat aku..
"Ape susah, tukar je nombor."

Ohh the hell.. No bisnes la lembab! Ingat aku bodo macam kau ke.
Dan dia cuba bagitau aku INI tidak childish?
Ohh.. Sloth..
















.

Friday 5 September 2014

.Mentedarah.

.

Cerita nak keluar makan ni memang boleh buat isu dalam rumah ni.
Slow-slow ye..

Rumet aku ni, si Fatehah memang sloth habis.
Aku pikir aku yang paling lembab, tak sangka ada spesis lagi upgrade.

Dia memang sedia maklum pesen yang keluar sikit pun nak bermekap bagai. Agaknya muka dia tu macam langsuir sangat ke apa tak tahu lah.
Tapi kalau express tu takpe. Lamanya kemain.
Tu baru mekap. Dia ikat rambut pun, ya tohan.. Punyalah lama.

Since aku pakai tudung, dia suka assume aku siap lambat, sebab kena iron tudung bagai.
Tak payah cite dia punya mandi lama gile khinzir.
So dia dah siap mandi, aku pun duk bersiap pulak. Dia duk tergolek depan laptop.
Aku tanya, dah siap ke? Dia kata dah.
So aku iron tudung, pakai.. Siap je aku pakai, dia pun bangun.
Pergi kat cermin, make up.

Lahabau! Lama gila pulak tu!















.

Friday 27 June 2014

.Klingg.. Klangg.

.

Kalau makcik-makcik nak buat menantu aku ni, tak lain mesti tanya pandai masak tak.
Jawapan aku sangat panjang sebenarnya.

Aku ada banyak interest.
Banyak benda aku minat. Dari setiap kategori, aku minat at least satu.
Mari kita lihat..

Kategori Kerja Lelaki
Aku suka bidang pembuatan. Kerja kayu, kerja besi.. Aku tak minat eletronik. Atau kerja kontrak.

Kategori Nerd
Aku suka komputer. Programming and stuff.. Aku tak minat kerja doktor. Atau sains.. Bukan aku tak suka sains, ada pelung aku belajar je. Tapi bukanlah benda yang aku nak kejar kiranya.

Kategori Seni
Aku suka melukis, berlakon.. As known aku nak jadi director. Aku tak minat bidang muzik. Aku tak suka nyanyi, aku tak suka buat lagu. Aku suka main alat muzik tapi benda-benda tu memang tak ngam dengan aku.

Kategori Kerja Perempuan
Aku suka menjahit. Aku tak suka masak. Kalau jahit something then tersilap, aku sangat ada kesabaran untuk repair balik dengan tekun. Dan biasanya lah, aku akan tahu apa nak buat untuk repair. Tapi kalau masak, aku sangat tak ada kesabaran. Untuk tunggu minyak panas.. Untuk pakai api kecil supaya bahagian dalam masak dan bahagian luar tak hangus.. Dan sebagainya. Dan yang pasti bila masakan dah gagal, aku memang tak akan tahu penyelesaiannya. Sebab tu, itu bukan bidang aku.



Jadi faham kan, maksud aku..

Bukan aku tak nak belajar. Satu hari aku akan usahakan..
Sebab aku ada satu goal.
Aku nak jadi macam mak-mak zaman dulu. Masak untuk family.
Breakfast, lunch, dinner. Complete 1 set.

Aku nak kurangkan sebolehnya family aku makan dekat luar.
Hygiene adalah benda terakhir aku boleh trust dekat masakan kedai.

















.

.Serang!!!! uh??.

.

Ini sebenarnya sambungan kisah kitorang pergi Shaftburry lepas main tennis tu.

Kitorang pergi minum dekat Chatime. Actually tu first time untuk aku dengan Falcon. Haha! Jakun gile!
Dalam borak-borak, kitorang terbukak cerita pasal lebah. Sebabnya tadi Haruka kena kacau dengan lebah masa main tennis.

Aku pulak memang dah lama simpan satu soalan misteri dalam kepala aku. So aku tanya la..
"Apa beza wasp dengan hornet? Wasp tebuan kan? Hornet tu apa??"

Nampaknya soalan tu tak terjawab sebab none of us tau pulaknya.
So Haruka cakap dia nak test google translate jela.
Aku memang tak letak harapan lah, sebab aku pernah try dulu dan memang tak membantu pun jawapannya. Google translate pulak kan...

Haruka try 'wasp'. "Tebuan."
Then dia try 'hornet'. "Tebuan jugak."
Aku senyum senget je.

Then Falcon buat joke.. "Try la 'bee' pulak. Entah-entah tebuan jugak ke."
As menyambung joke Falcon, Haruka pun try lah 'bee'. "Betul lah lebah."

Tiba-tiba ada sense aku tingling.
"Wait..... What do you guys mean? Bee is lebah? Then spider tu apa??"

And I swear.. Reaction diorang amat priceless.








MUAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!

















.

Tuesday 24 June 2014

.Keter'used'an.

.

Aku sekarang duk belajar main tennis.
Haaaaa perasan, ngko!
Konon cun la main tennis tu?

Jadi haritu aku, Falcon dan Haruka practice strike.

So far aku dah boleh strike. Tapi bila nak balas balik, aku tak terkejar lagi.
Maybe stamina la problem.
I'll work on that. Phewww...

So lepas berjam-jam menyiksa diri tu, (belum kira have fun lagi la, sebab belum terer) kitorang pergi shaftbury carik minum.
Haruka kata naik kereta Falcon jela, sebab kereta dia jauh gile pun.

Keluar je dari court tu, tiba-tiba Haruka marah Falcon.
Then Falcon gelak. So aku dapat agak Falcon main-main drive dengan cara bahaya sampai Haruka cuak.
Aku nak tahu jugak apa Falcon buat, so aku tanya la..
"Whattt whattt.. What happen??? Apa u buat, Falcon? LOL!!!"

Then Falcon LOL lebih teruk lagi dari tadi. "Tengok.. Cue dah terbiasa sangat sampai tak perasan."

Somehow apa yang Falcon cakap tu sumpah kelakar.
Yela, dulu aku memang tak kenal Falcon fully so maybe bila dia main-main macam tu aku jadi cuak.
Then aku sekarang almost everyday lepak dengan dia, sampai joke dia segala dah imune kat aku.

Sampai ada masa yang dia being silly buat lawak bodoh, aku dah tak tahu tu real ke main-main.
















.


Tuesday 15 April 2014

.Future Leadership Program.

.

Ermahgerd!

Aku baru alami pengalaman paling awesome seumur hidup aku.
Aku sangat happy dan aku nak cerita dari awal.

Ianya bermula pada suatu hari..

Aku nampak banyak pulak Shafiq post pasal event 'Future Leadership Program'.
Siap ada video promo lagi. Ada la few seconds..
Aku memang tak kuasa nak join benda-benda ni sebab takut busy.
Tapi fikir-fikir balik.. Leadership sangat-sangat-amat penting.
Lagi-lagi aku Director kan..

So aku pun apply. Shafiq kata kena bayar RM10. Aku postpone punya postpone sampai sekarang tak bayar apa pun.
Dalam pada tu, aku tak nak lah makan sorang kan.. So aku 'apply paksa' untuk Falcon sekali.
Dia pun macam.. "Whattt.. Kenapa u.. Okay yelaaa.."

Shafiq kata camp ni mungkin akan start dalm Mac. Antara dekat Selangor, Melaka atau Johor.
Aku kata, anywhere pun okay.. But at least not Selangor la.. Kita je dah dekat Cyber kot.

Akhirnya tarikh camp pun di umumkan. Kita semua akan pergi pada 4 April 2014, hari Jumaat.
Lokasi.. Kuala Kubu Baru. Ok fynee.. Selangor jugekk.

Diorang suruh kitorang bawa beberapa benda.
(Walaupun aku tak kuasa nak tulis sbb macam tak perlu, tapi sebenarnya ada kaitan dengan cerita ni.)

          3 pasang pakaian sukan (darker color for girls), kasut sukan
          Baju extra
          Toiletries, towel
          Extra socks
          Blindfold
          Torchlight
          Blanket

          *do minimize your packing

Apa yang kita boleh conclude?
Akan ada aktiviti basah/kotor.
Dan dengan semua tu kena bawa, kita perlu minimize packing. Hahaha menarik~

3 APRIL 2014
Kitorang semua ada briefing dekat SBA room.
Ada lah ice breaking sikit. Awesome jugak.
Mula-mula semua form kumpulan based on warna baju.
Then kena hafal nama semua orang dalam group.

So yang aku dapat adalah.. Izzudin, Jai dan Keertan.
Senang kan? Tak ramai pun pakai kelabu hari tu.

Next, form kumpulan based on faculty.
Ni senang sikit sebab aku dah kenal semua. Dua orang je aku tak tahu.
So aku dapat Falcon, Din, Tamim, Jowvy dan Eddy.
Bagus kan memori makcik ni.

Last sekali lagi susah.
Form kumpulan based on bulan kelahiran, tapi kena total silent.
So apa lagi, banyak betul jari-jemari di sana sini.
Akhirnya aku dapat jumpa juga.
Yang ni tak semua lah aku ingat sampai sekarang, sebab kena hafal tarikh lahir.
Best juga.

















.