Tuesday 15 April 2014

.Future Leadership Program.

.

Ermahgerd!

Aku baru alami pengalaman paling awesome seumur hidup aku.
Aku sangat happy dan aku nak cerita dari awal.

Ianya bermula pada suatu hari..

Aku nampak banyak pulak Shafiq post pasal event 'Future Leadership Program'.
Siap ada video promo lagi. Ada la few seconds..
Aku memang tak kuasa nak join benda-benda ni sebab takut busy.
Tapi fikir-fikir balik.. Leadership sangat-sangat-amat penting.
Lagi-lagi aku Director kan..

So aku pun apply. Shafiq kata kena bayar RM10. Aku postpone punya postpone sampai sekarang tak bayar apa pun.
Dalam pada tu, aku tak nak lah makan sorang kan.. So aku 'apply paksa' untuk Falcon sekali.
Dia pun macam.. "Whattt.. Kenapa u.. Okay yelaaa.."

Shafiq kata camp ni mungkin akan start dalm Mac. Antara dekat Selangor, Melaka atau Johor.
Aku kata, anywhere pun okay.. But at least not Selangor la.. Kita je dah dekat Cyber kot.

Akhirnya tarikh camp pun di umumkan. Kita semua akan pergi pada 4 April 2014, hari Jumaat.
Lokasi.. Kuala Kubu Baru. Ok fynee.. Selangor jugekk.

Diorang suruh kitorang bawa beberapa benda.
(Walaupun aku tak kuasa nak tulis sbb macam tak perlu, tapi sebenarnya ada kaitan dengan cerita ni.)

          3 pasang pakaian sukan (darker color for girls), kasut sukan
          Baju extra
          Toiletries, towel
          Extra socks
          Blindfold
          Torchlight
          Blanket

          *do minimize your packing

Apa yang kita boleh conclude?
Akan ada aktiviti basah/kotor.
Dan dengan semua tu kena bawa, kita perlu minimize packing. Hahaha menarik~

3 APRIL 2014
Kitorang semua ada briefing dekat SBA room.
Ada lah ice breaking sikit. Awesome jugak.
Mula-mula semua form kumpulan based on warna baju.
Then kena hafal nama semua orang dalam group.

So yang aku dapat adalah.. Izzudin, Jai dan Keertan.
Senang kan? Tak ramai pun pakai kelabu hari tu.

Next, form kumpulan based on faculty.
Ni senang sikit sebab aku dah kenal semua. Dua orang je aku tak tahu.
So aku dapat Falcon, Din, Tamim, Jowvy dan Eddy.
Bagus kan memori makcik ni.

Last sekali lagi susah.
Form kumpulan based on bulan kelahiran, tapi kena total silent.
So apa lagi, banyak betul jari-jemari di sana sini.
Akhirnya aku dapat jumpa juga.
Yang ni tak semua lah aku ingat sampai sekarang, sebab kena hafal tarikh lahir.
Best juga.

















.

No comments:

Post a Comment