Friday 3 January 2014

.Katak.

.

Muahahaha!!! Dahsyat tak nama baru blog ni?
Well, ni idea dari Homie aku.
Oh yea! Aku belum sempat lagi nak cerita pasal dia.

So yeah.. Asal usul nama ni..

Sem ni akhirnya aku dapat juga apa aku impikan.
Aku dapat jadi director!!!!!
Tapi.. Aku kurang happy.
Sebab aku dapat producer yang pemalas tahap gunung (bak kata homie aku).

Jadi biasalah.
Kalau pre-production dah tak lancar, amacam production nak cun.
Dah la 2hari je lagi nak shoot.
Mangkuk betul!

Nasib baik comel kemain. So ada lah jugak benda elok pasal mangkuk tu.

Jadinya tadi macam biasa Homie aku akan motivate aku baikkkk punya kasik up balik jiwa aku yang dah runtuh ni.
Dalam duk nasihat-nasihat tu.. Tiba-tiba terbukak pulak cerita pasal style filmmaker-filmmaker berjaya.
Waktu tu dia cerita pasal Nolan la. Idol dia.

Entah macam mana boleh terdiscover pulak style aku.
Dia kata aku suka ambil risiko.
Kiranya benda tu dah susah dah. Semua orang pun tau, gile lah! Susah kot nak buat.
Dan aku pun tak la tau sangat pasal benda tu.
Mana tak nya. Dia introduce aku dekat Memento punya editing.
Filem Memento tu.. By Nolan la sapa lagi.
Aku boleh buat gile nak buat editing macam tu.

Mula-mula dia kata baguslah yang aku nak mencuba walaupun tak tahu.
But then dia kata, still ada bad word untuk tu.
"Ambitious"

OMG! Bapak ah!
Sumpah aku benci orang kata aku ambitious.
Aku bukan ambitious la! Aku kata nak buat benda gila pun aku tau aku boleh buat ke tidak.
Tak la aku balun je.
Cuma dah dapat producer comel yang hampeh takleh pakai ni. Memang la rosak plan aku.

Tu lah yang aku kata kat dia.
Then kitorang teringat pulak yang aku nak set up sendiri sebijik set kosong jadi kafeteria untuk scene dalam upcoming short-film aku.
Lagi lah dia kata risky gile.
So dia terus cakap "Oh my god, u memang ambitious risk-taking.... bastard!"

Aku gelak la gile-gile.
See aku dah agak..
Kalau aku mengalami kemurungan tak tentu arah..
Memang tak salah orang kalau aku jumpa dia.

Dan sekarang aku dah dapat semangat aku balik.





*btw.. Katak adalah haiwan amphibia. Iaitu haiwan yang hidup di darat dan air. Mungkin dia pun ambitious jugak kot sana sini dia nak try duduk. Kalau tidak mana lah nak tahu kan. See.. Ambitious tu sangat bagus. Maka dari situlah haiwan amphibia mendapat nama. Dan dari itulah, entri ini mendapat nama.

















.

No comments:

Post a Comment